Thursday, July 8, 2010

Teknik Ubah tajuk teks dengan Image pilihan anda
Multimedia

"Kebiasaannya tajuk pada sidebar blog adalah menggunakan teks. Artikel kali ini adalah cara bagaimana kita boleh gantikan teks tersebut dengan imej ,yang mana lebih banyak pilihan teks yang boleh kita letakkan dan nampak lebih menarik lagi.
Bagi membuatnya:

1.Masuk ke design--->>edit HTML--->>klik pada “expand template widget “
2.Sebagai contoh wak nak cari judul widget my page value pada template. Wak taip tajuk My Page Value pada kotak find(Ctrl+F) dan keluar kod seperti dibawah:

3.untuk meletak imej sebagai tajuk widget,ubah kod ini:

4.Gantikan dengan kod:

Kemudian klik pada preview untuk melihat hasilnya
Jika tiada apa apa error klik save template.

Nota:
Untuk upload gambar boleh gunakan photobucket, tinypic, Imageshake atau picasaweb.Untuk teks pula boleh gunakan flamingtext atau cooltext

Monday, July 5, 2010

Penggunaan kod center di sidebar blog anda

Multimedia
"Pernahkah anda mengalami situasi widget di sidebar tidak center atau kedudukan gambar anda rapat ke kiri?

Untuk mengatasi masalah tersebut mudah sahaja, anda hanya masukkan kod <>.......dan < / center > kod penutup di setiap gadjet yang ingin diletakkan di sidebar anda. Penerangan lain, setiap kod html yang dibuka, mesti ada yang penutupnya.. Kiranya kod html ini ada ikut kesopanan melayu Melaka.. hahahaha..

sebelum ditanam kod center


Selepas ditanam kod center

Okey, wak kasi contoh kod html bagi image yahoo id di sidebar wak sebagai model pembelajaran hari ini... Cuba lihat kod Html di bawah..
Kod ini boleh digunakan untuk macam-macam kod html untuk sidebar anda.. Hendak digunakan pada text untuk membuat notis di blog, shoutbox dan lain-lain anda pun boleh juga. Bila di masukkan kod tersebut, tiada lagi gambar atau gadjet anda tak center di sidebar anda. Barulah paparan gadjet anda tersusun dan menarik.


Itu sahajalah untuk pembelajaran permulaan bagi kod html center ini. Insya'Allah, wak sambung untuk diletakkan pada gadjet seperti shoutbox, slide show dan lain-lain lagi. Selamat mencuba yea..

Monday, May 31, 2010

Pengunaan HiStats, Nuffnang DLL.
E-Mel  Pembaca
"Assalammualaikum dan Salam Sejatera,
Ramai yang ingin mengetahui penggunaan hitstat, pagerank, nuffnang, advert dan lain-lain. Ada juga, menambahkan kecantikkan diblog anda kalau anda letakkan di sidebar blog. Contoh macam blog wak lah yea...

Pada penggunaan di blog wak, bukan sahaja menambahkan sumber kewangan ( Nuffnang dan Advert sahaja ) .. Tetapi ia membantu anda mendapatkan maklumat pengunjung anda hadir dari mana dan waktu pengunjung belek-belek artikel anda. Dengan maklumat tersebut, kita bolehlah set time yang sesuai nak posting artikel, ubah layout atau updated isi-isi blog..

Macam wak pun, bukanlah follow sangat SOP yang wak tulis tadi.. Cuma nak share penggunaan yang sebenar.. hihihihi... Kebanyakkan blog atau laman web yang anda lawati, memang dikatakan semua memiliki gadjet tersebut.. Bukan sajer2 letak tau... ->>Tetapi, hati-hati menggunakannya di blog anda. Kadang-kala sesetengah free gadjet page stat ni, ada yang implant sekali pop-up iklan.. Kalau iklan yang bukak-bukak tu.. Pakat-pakat kasi delete sahaja yea.. ( Kalau ada diblog wak, kasi tau.. senang wak cari source-nya dan delete .. TQVM CoretanKasih, sebab inform kat wak..)

Klik Untuk View Besar

Ini Salahsatu contoh page stat yang pernah wak pakai dan ia mempunyai pop-up.. Nama brand tersebut widgeo.net dan kalau rajin, pergilah mana-mana blog.. mesti akan terjumpa pop-up spt gambar diatas ini.. Pop-up ini yang wak tak gemar.. Kalau lah blog anda bicara agama, amat malang lah keluar pop-up dedah aurat.

Kalau ada ingin menggunakan page rank yang tiada pop-up bagi wak adalah dari hitstat.com. Kalau anda menggunakan histats ini.. Terdapat graf, statistik yang lebih teratur dan real time updated. Maklumat yang diberikan 100% benar, tiada politikal view-lah..hihihihihi... Dah habis citer pop-up dari penggunaan widgeo.net . Dah dapat maklumat ini pakat-pakat kasi buang yea.

Penggunaan nuffnang, advert, addsen dan sewaktunya pun, kenalah berhati-hati juga.
Kadangkala, terselit 1-2 iklan arak kalau anda tidak membaca form dengan betul-betul. Terdapat satu ruangan form iklan contohnya di nuffnang dan advert. Mereka memaklumkan iklan yang bagaimana boleh di lampirkan di blog anda. So, pilih lah dengan tidak memudaratkan anda dan sahabat yang melawat ke blog anda.

Cara terbaik untuk buat iklan di blog. Buatlah advertising sendiri dan lumayan
berbanding menggunakan khidmat syarikat pengiklanan maya tadi. Dari segi nak kawal batas-batas pun senang kita nak kawal.. Kalau nak gunakan sebagai decoration sebagai brand di sidebar anda.. Pakai lah yea..

Lagi satu kegunaan pengiklanan maya nie, kita dapat maklumat pengunjung anda.. Seperti yang wak nyatakan sebelum ini. Penting bagi wak-lah, for all guys leh try guna bendalah ganjil ini. Contohnya seperti ini:-

Klik Untuk View Besar

Gunalah aplikasi yang mempunyai data statistik pengunjung anda. Sambil-sambil tu, fikirlah aplikasinya yang anda guna itu sebagai memperbaiki trafik dan content blog anda bagi menjadikan blog anda tak telan dek zaman... Itu sahaja coretan wak pada kali ini, Insya'Allah wak sambung lagi yea... Wassalam..

Sunday, May 23, 2010

Takde GPS? Google Map boleh!

Multimedia
"Entri kali ni saya nak kongsi dengan anda sedikit info yang mungkin anda tak tahu tentang google map. Seperti yang anda dapat lihat dalam paparan website google map, terpapar peta 2 dimensi. Hm..biasa je kalau tengok. Macam peta- peta yang lain je!

Tapi, mungkin anda tak tahu google map ada satu fungsi macam GPS! Sangat membantu dan boleh dijadikan panduan sebelum memulakan perjalanan anda dari satu tempat ke satu tempat lain(terutama untuk mereka yang takda GPS) Yeke?Mari kita lihat..

Tapi, mungkin anda tak tahu google map ada satu fungsi macam GPS! Sangat membantu dan boleh dijadikan panduan sebelum memulakan perjalanan anda dari satu tempat ke satu tempat lain(terutama untuk mereka yang takda GPS) Yeke?Mari kita lihat..Masuk ke websites google map-http://maps.google.com/

Anda akan melihat paparan seperti di bawah.

Klik link Get Direction.

Lihat anak panah merah. Ada 2 kotak.A dan B.

Katakan saya nak tahu jarak dan laluan perjalanan saya dari Shah Alam Seksyen 13 ( Point A) ke Presint 1 Putrajaya(Point B) denagn menaiki kereta.

Isikan nama destinasi dalam kotak A dan B.

Kemudian,klik button Get Direction.

Ya,maka keluarlah paparan seperti dibawah.

Anda dapat melihat laluan anda (warna ungu) pada peta. Di sebelah kiri,ia ada memberitahu laluan yang dicadangkan secara detail.

Ha,mudahkan?kalau takde GPS,boleh print. Kalau tak nampak jalan, boleh zoom dekat peta.

Selamat mencuba dan meneroka penggunaan google map. Ada beberapa cara lagi yang lebih menarik.Semoga perjalanan anda lebih terancang. Dan yang penting, selamat bertolak dan selamat tiba ke destinasi.:)

Wednesday, May 12, 2010

Hardisk rosak atau lama banyak rahsia
Multimedia

Tahukah anda bahawa hard disk anda yang sudah rosak samada daripada PC anda atau mesin fotostat di kedai menyimpan data yang terlalu berharga dan merbahaya kerana banyak rahsia?Hardisk yang rosak dan dibuang masih boleh dibuka dan dibaca semula oleh pakar. Saya pernah terbaca satu berita akhbar dari Los Angeles 3-4 tahun lalu melaporkan satu warehouse yang membeli hardisk lama atau harddisk rosak dan kemudian memulihkan harddisk berkenaan dan dapat membaca semula data yang terkandung dalamnya.

Data ini termasuk ribuan foto, video, dokumen (sulit dan umum), no. kad kredit, no akaun bank. password dan 1001 macam lagi maklumat peribadi.

Adakah anda akan buang harddisk rosak anda begitu sahaja?

Bagaimana anda musnahkan hard disk anda? Cuba lihat youtube ini

Cuba lihat ini pula



Monday, May 3, 2010

Berhati-hati memilih Gadjet Side Bar blog anda.


Info Semasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Posting kali ini cuma nak memberi info kepada anda berkenaan gadjet side bar blog anda. Sesetengah blogger tidak menitik beratkan berkenaan masalah pop-up yang berlaku, sekiranya menggunakan gadjet side bar dari laman-laman web yang menyediakan gadjet secara percuma.
Selalunya pop-up ini terjadi setelah anda menggunakan gadjet
dilaman web tersebut. Kadang-kala, pop-up berkenaan melampirkan iklan-iklan penjualan komputer, telefon bimbit dan ada juga pop-up yang melampirkan gambar-gambar yang separa bogel.
Ini penting, kerana ia boleh merosakkan intipati blog tersebut.

Jika anda menulis berkenaan Agama, lagilah malang... Kerana tidak semena, anda telah memperlekehkan inti-pati blog anda. Pernah kah anda kunjung salah-satu blog yang mempunyai pop-up sedemikian?

Jika ada, harapan saya... Anda perlu menegur webmaster ( blogger ) tersebut,
agar mencari punca pop-up tersebut dan buanglah mana yang perlu gadjet side bar yang mengandungi pop-up. Pop-up ini juga, melambatkan loading ke blog anda dan membuat pengunjung anda tension..

Selalu yang terjadi automatik pop-up ini, apabila anda menggunakan
gadjet seperti mengukur atau statistik pengunjung anda. Hendak disebut nama gadjet tersebut, takut kena saman pula.. Ini pun dah kira menjatuhkan reputasi syarikat tersebut. Cuba-cubalah kunjungi mana-mana blog yang mempunyai automatik pop-up dan bandingkan.. Sambil-sambil itu, carilah perbezaannya dan elakkan menggunakan gadjet tersebut di Blog anda..

Sekian, Terima Kasih...