Friday, July 24, 2009

Apa itu Perniagaan Ebook?

Apabila saya mengatakan “Perniagaan Ebook!”.. saya benar-benar maksudkan ia sebagai sebuah “PERNIAGAAN”.… dimana, anda perlu menghasilkan sebuah ebook yang berkualiti dan kemudian, menjualnya. Itu sahaja. Tiada sebarang "jampi-serapah-putar-alam" disini.

Ebook hanyalah sebuah “produk maklumat “… ianya sama seperti sebuah buku biasa yang anda lihat dikedai-kedai buku! . Apa yang sedikit berbeza, ebook adalah di dalam format DIGITAL, manakala buku pula didalam format FIZIKAL. Ringkasnya, memiliki "perniagaan ebook" adalah seperti anda memiliki sebuah "kedai buku".

Jadi, ia sudah pastinya.. .

BUKAN Skim Cepat Kaya

BUKAN Pelaburan Internet

BUKAN Autosurf

BUKAN Randomizer

BUKAN Program Reseller

BUKAN Program Derma Amal Jariah

BUKAN Multi Level Marketing (MLM)

BUKAN Program Force Matrix


Perniagaan Ebook! Model Perniagaan Internet Yang Paling Mudah dan Menguntungkan.

Mungkin anda akan bertanya.. Apa yang hebat sangat tentang perniagaan ebook ini? Baiklah, biar saya tunjukkan anda beberapa kelebihan menjalankan perniagaan ebook.

check-redMudah Dihasilkan – Boleh dikatakan, kos untuk menghasilkan ebook adalah hampir kosong. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos percetakan untuk mengeluarkan ebook. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menulis kandungan ebook tersebut di dalam perisian MS Word, dan kemudiannya, tukarkan ia kepada format ebook (selalunya .pdf). Ianya hanyalah sebuah dokumen elektronik yang tidak memerlukan sebarang kos untuk dihasilkan.

check-redKeuntungan Tinggi – Kadar keuntungan bagi jualan sesebuah ebook, selalunya adalah 100% . Ini kerana, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menghasilkan, menguruskan atau pun menghantar ebook tersebut kepada pelanggan. Ianya boleh dihantar terus dengan hanya menggunakan email, Tidak perlu bersusah payah membungkus dan membeli setem serta sampul surat untuk menghantarkannya.

check-redTidak Perlu Menyimpan Stok & Tidak Perlu Risau Kehabisan Stok – Tidak seperti perniagaan produk fizikal yang memerlukan anda membuat simpanan serta kawalan stok terhadap produk jualan anda. Bagi perniagaan ebook, tiada masalah kehabisan stok akan wujud. Ebook hanya akan disimpan di dalam komputer anda, apabila ada pembeli, anda hanya perlu emailkan sahaja satu salinan fail ebook tersebut kepada pelanggan anda. Jadi, mana mungkin ia akan kehabisan stok?

check-redBoleh Diautomasikan & Menjimatkan Masa - Saya pernah menjalankan perniagaan internet berbentuk perkhidmatan, iaitu perkhidmatan membina website. Namun begitu, ianya memerlukan masa saya yang begitu banyak. Saya perlu duduk di depan komputer selama beberapa jam, malah kadangkala berhari-hari hanya untuk menyiapkan satu projek yang berharga RM150. Ianya adalah terlalu memenatkan dan tidak berbaloi. Berbeza dengan ebook, ianya boleh diautomasikan, jika perlu di pantau pun, ianya hanya akan mengambil masa antara 15-30 minit sehari, tetapi hasilnya, boleh melepasi lebih dari RM200 sehari.

check-red100% Dibawah Kawalan Anda – Ya! Dengan memiliki perniagaan ebook, ianya 100% adalah milik anda dan dibawah kawalan anda. Tidak seperti program affiliate atau pengiklanan, anda tdak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan hidup & mati program tersebut. Jika pemilik program tersebut menutup program mereka. Anda akan kehilangan pendapatan anda dan tiada apa yang boleh anda lakukan. Ianya diluar kawalan anda. Tetapi berbeza dengan perniagaan ebook, anda berkuasa menentukan segalanya. Dari segi pembahagian kadar keuntungan hinggalah kepada keputusan menaikkan harga jualan.Semuanya dibawah kuasa anda.

check-redPendapatan Pasif – Anda mungkin perlu meluangkan masa selama sebulan untuk menghasilkan ebook ini . Tetapi, selepas semuanya siap dan diautomasikan, anda tidak perlu melakukan apa-apa lagi. Ianya akan bekerja dan menghasilkan pendapatan kepada anda setiap hari secara berulang-ulang tanpa henti. Ianya seperti sebuah mesin duit yang sentiasa memberikan duit kepada anda sepanjang masa.

Terdapat banyak lagi kehebatan serta kelebihan menjalankan perniagaan ebook ini. Tetapi cukuplah saya senaraikan 6 sahaja kelebihan tersebut disini.


Thursday, July 16, 2009

Rukun Iman: ICT menerangkannya
Oleh: Saya

Assalamualaikum. Tengah dok lepak-lepak sambil picit-picit kekunci handphone ni teringat pula masa kecil-kecil dulu mengaji dimasjid kat kampong sana. Pukul 9 am jer saya mengayuh basikal sejauh 2 km untuk pergi belajar mengaji Alquran dan juga fardhu ain bersama ustaz mian.

Banyak pahala ustaz mian kerana mengajar kami tak jemu-jemu. Kadang-kadang beliau belanja kami makan jajan dengan dihantarnya saya kekedai untuk membeli. Indah sungguh kenangan tersebut sampai kehari ini saya tidak dapat melupakannya.

Rukun islam ada 5 perkara dan rukun iman ada 6 perkara.',begitulah antara yang kami belajar dimasjid itu.Rukun islam itu adalah
1-Mengucap
2 kalimah syahadah,
2-mendirikan solat,
3-Berpuasa dibulan ramadhan
4-menunaikan zakat
5- mengerjakan haji dibaitullah.
Senang untuk mengingati rukun islam ini kerana kita faham dan kita nampak dengan mata sendiri bagaimana rukun-rukun itu dilakukan.

Rukun iman ada 6 perkara.
1-Percaya kepada Allah
2-Percaya kepada Malaikat
3- Percaya kepada Nabi dan rasul
4-Percaya kepada Kitabullah
5-percaya kepada hari akhirat
6-percaya kepada qada dan qadar.

Dari segi hafalan memang senang jer nak ingat rukun iman ini.Tapi realitinya memang sukar nak gambarkan.Yang kita nampak dengan mata kasar ini cuma percaya kepada kitab sahaja.Sedangkan yang lagi 5 tu hanya percaya jerlah tanpa dapat melihat apa yang dinamakan itu.
Setelah dewasa ini dan biasa bermain dengan dunia teknologi ICT ni,saya mula terpikir bahawa Allah telah singkap sedikit ilmuNya kepada kita.Rupa-rupanya mempercayai dan menyakini rukun iman itu adalah seperti kita meyakini dan mempercayai teknologi ICT ini.Apa yang saya cuba gambarkan disini adalah dari sudut fahaman saya sahaja dan bertujuan untuk meilhat Allah itu tidak suruh meyakini sesuatu tanpa usul periksa.

Teknologi MMS ataupun video call yang selalu kita gunakan apabila kita menelefon isteri,anak-anak ataupun ayah ibu dikampong itu tersimpan satu bukti bahawa isra' dan mikraj nabi kelangit itu adalah benar dan kepercayaan saidina abu bakar terhadap ceritu nabi itu amat berasas.Kefahaman tentang ini Allah bongkarkan melalui teknologi ICT itu sendiri.Saya boleh melihat saudara saya secara terus 'real time' di USA dan berbicara dengannya tanpa perlu saya berada disisinya hanya dengan satu video call sahaja.Hanya dengan beberapa saat sahaja saya sudah 'berada' diUSA dan 'pulang' kembali ke Malaysia dalam hanya beberapa saat sahaja.Tidakkah ini sebenarnya rahsia yang Allah beri sedikit demi sedikit untuk kita meyakini bahawa adalah benar bahawa nabi Mohammad pergi kesidratul muntaha dalam 1/3 malam sahaja.
Komputer dan perisian yang selalu kita gunakan untuk melayari internet dan juga membuat kerja-kerja yang lain juga tersimpan satu rahsia bahawa percaya kepada Allah,Malaikat,Rasulullah,Hari akhirat dan juga Qada dan Qadar itu wajib dan benar sifatnya.Saya percaya Allah,tetapi tidak pernah melihat Allah dan tak pernah berjabat tangan pun dengan ALlah.Sama juga pada Malaikat,rasul,Akhirat mahupun Qada dan qadar.Tetapi dalam dunia ICT,rupanya Allah bungkarkan rahsianya bagaimana kepercayaan rukun iman itu ada asas dan menepati teori hukum akal.Saya lihat pada 'screen' komputer saya sebuah kereta mercedes yang mewah sedang melungsur laju diatas jalan raya.Saya nampak itu adalah kereta mercedes,tapi saya tak dapat nak pegang kereta itu malah saya hanya menyentuh LCD screen sahaja bila cuba untuk menyentuh kereta didalam screen tersebut.Walaupun begitu saya tetap percaya bahawa itulah kereta mercedes berdasarkan pandangan mata saya.Begitulah rukun iman yang sememangnya kita harus yakin dan boleh diyakini dengan pandangan hati kita yang bersih.
SMS dan juga voice call ini membongkarkan bahawa Alquran yang diturunkan oleh Allah dengan perantaraan Jibrail itu kepada NAbi adalah wajib dipercayai.NAbi tidak mereka reka Alquran itu dengan fikirannya sendiri walaupun tiada siapa dapat melihat makhluk yang menghantar Alquran itu kepada nabi dengan mata kasar kita.Saya menerima 'call/SMS' dari ayah saya dikampong yang menyuruh saya pulang segera.Saya patuh pada arahan itu dan saya tunjukkan kepada boss saya agar memberi saya pelepasan cuti kerana arahan ayah saya.Boss saya tentu mempercayainya kerana beliau melihat ataupun mendengar perbualan saya dengan ayah saya menyuruh saya pulang.Boss saya tidak pernah nampak ayah saya tetapi mempercayai 'gajet handphone' saya itu atas dasar teknologi yang terhasil dan amat dipercayai.Oleh itu walaupun jibrail tidak kelihatan ketika menghantar Alquran kepada nabi,dengan sebab percaya kepada Allah yang berkuasa maka permasalahan itu selesai dan Alquran itu memang benar dari Allah dan bukan hasilan nabi.
Kita sentiasa diingatkan agar berbuat baik dimana sahaja kita berada.Ini adalah kerana Allah sentiasa melihat kita dan tahu kita dimana walaupun kita menyorok didalam gua sekalipun.Dahulu kalau kita ingin mengajak kawan bermain bola,kita perlu pergi kerumahnya untuk menjemput dia bermain sekali.Jika kawan kita tiada dirumah,maka sukarlah kita mencarinya.Tetapi dengan teknologi komunikasi ini,pergilah kawan tuh kemana sahaja,dengan satu panggilan sahaja kita sudah tau dimana dia berada ketika itu.Tidakkah ini menggambarkan Allah tau dimana kita dan apa yang kita lakukan.

Berkat ilmu ustaz mian yang mengajar saya dulu-dulu. Masa dia terangkan dulu saya pun main percaya jerlah apa yang diajar tapi rupa-rupanya baru sekarang saya faham mengapa kita tidak boleh pertikai tentang rukun iman itu walaupun ada harinya saya nakal juga.Semoga dengan kefahaman tujuan ilmu itu diberikan kepada kita,adalah lebih kepada membesarkan Allah yang maha perkasa dan bijaksana.

Yang bijak itu Allah dan yang kurang itu saya.