Monday, May 31, 2010

Pengunaan HiStats, Nuffnang DLL.
E-Mel  Pembaca
"Assalammualaikum dan Salam Sejatera,
Ramai yang ingin mengetahui penggunaan hitstat, pagerank, nuffnang, advert dan lain-lain. Ada juga, menambahkan kecantikkan diblog anda kalau anda letakkan di sidebar blog. Contoh macam blog wak lah yea...

Pada penggunaan di blog wak, bukan sahaja menambahkan sumber kewangan ( Nuffnang dan Advert sahaja ) .. Tetapi ia membantu anda mendapatkan maklumat pengunjung anda hadir dari mana dan waktu pengunjung belek-belek artikel anda. Dengan maklumat tersebut, kita bolehlah set time yang sesuai nak posting artikel, ubah layout atau updated isi-isi blog..

Macam wak pun, bukanlah follow sangat SOP yang wak tulis tadi.. Cuma nak share penggunaan yang sebenar.. hihihihi... Kebanyakkan blog atau laman web yang anda lawati, memang dikatakan semua memiliki gadjet tersebut.. Bukan sajer2 letak tau... ->>Tetapi, hati-hati menggunakannya di blog anda. Kadang-kala sesetengah free gadjet page stat ni, ada yang implant sekali pop-up iklan.. Kalau iklan yang bukak-bukak tu.. Pakat-pakat kasi delete sahaja yea.. ( Kalau ada diblog wak, kasi tau.. senang wak cari source-nya dan delete .. TQVM CoretanKasih, sebab inform kat wak..)

Klik Untuk View Besar

Ini Salahsatu contoh page stat yang pernah wak pakai dan ia mempunyai pop-up.. Nama brand tersebut widgeo.net dan kalau rajin, pergilah mana-mana blog.. mesti akan terjumpa pop-up spt gambar diatas ini.. Pop-up ini yang wak tak gemar.. Kalau lah blog anda bicara agama, amat malang lah keluar pop-up dedah aurat.

Kalau ada ingin menggunakan page rank yang tiada pop-up bagi wak adalah dari hitstat.com. Kalau anda menggunakan histats ini.. Terdapat graf, statistik yang lebih teratur dan real time updated. Maklumat yang diberikan 100% benar, tiada politikal view-lah..hihihihihi... Dah habis citer pop-up dari penggunaan widgeo.net . Dah dapat maklumat ini pakat-pakat kasi buang yea.

Penggunaan nuffnang, advert, addsen dan sewaktunya pun, kenalah berhati-hati juga.
Kadangkala, terselit 1-2 iklan arak kalau anda tidak membaca form dengan betul-betul. Terdapat satu ruangan form iklan contohnya di nuffnang dan advert. Mereka memaklumkan iklan yang bagaimana boleh di lampirkan di blog anda. So, pilih lah dengan tidak memudaratkan anda dan sahabat yang melawat ke blog anda.

Cara terbaik untuk buat iklan di blog. Buatlah advertising sendiri dan lumayan
berbanding menggunakan khidmat syarikat pengiklanan maya tadi. Dari segi nak kawal batas-batas pun senang kita nak kawal.. Kalau nak gunakan sebagai decoration sebagai brand di sidebar anda.. Pakai lah yea..

Lagi satu kegunaan pengiklanan maya nie, kita dapat maklumat pengunjung anda.. Seperti yang wak nyatakan sebelum ini. Penting bagi wak-lah, for all guys leh try guna bendalah ganjil ini. Contohnya seperti ini:-

Klik Untuk View Besar

Gunalah aplikasi yang mempunyai data statistik pengunjung anda. Sambil-sambil tu, fikirlah aplikasinya yang anda guna itu sebagai memperbaiki trafik dan content blog anda bagi menjadikan blog anda tak telan dek zaman... Itu sahaja coretan wak pada kali ini, Insya'Allah wak sambung lagi yea... Wassalam..