Thursday, July 8, 2010

Teknik Ubah tajuk teks dengan Image pilihan anda
Multimedia

"Kebiasaannya tajuk pada sidebar blog adalah menggunakan teks. Artikel kali ini adalah cara bagaimana kita boleh gantikan teks tersebut dengan imej ,yang mana lebih banyak pilihan teks yang boleh kita letakkan dan nampak lebih menarik lagi.
Bagi membuatnya:

1.Masuk ke design--->>edit HTML--->>klik pada “expand template widget “
2.Sebagai contoh wak nak cari judul widget my page value pada template. Wak taip tajuk My Page Value pada kotak find(Ctrl+F) dan keluar kod seperti dibawah:

3.untuk meletak imej sebagai tajuk widget,ubah kod ini:

4.Gantikan dengan kod:

Kemudian klik pada preview untuk melihat hasilnya
Jika tiada apa apa error klik save template.

Nota:
Untuk upload gambar boleh gunakan photobucket, tinypic, Imageshake atau picasaweb.Untuk teks pula boleh gunakan flamingtext atau cooltext

Monday, July 5, 2010

Penggunaan kod center di sidebar blog anda

Multimedia
"Pernahkah anda mengalami situasi widget di sidebar tidak center atau kedudukan gambar anda rapat ke kiri?

Untuk mengatasi masalah tersebut mudah sahaja, anda hanya masukkan kod <>.......dan < / center > kod penutup di setiap gadjet yang ingin diletakkan di sidebar anda. Penerangan lain, setiap kod html yang dibuka, mesti ada yang penutupnya.. Kiranya kod html ini ada ikut kesopanan melayu Melaka.. hahahaha..

sebelum ditanam kod center


Selepas ditanam kod center

Okey, wak kasi contoh kod html bagi image yahoo id di sidebar wak sebagai model pembelajaran hari ini... Cuba lihat kod Html di bawah..
Kod ini boleh digunakan untuk macam-macam kod html untuk sidebar anda.. Hendak digunakan pada text untuk membuat notis di blog, shoutbox dan lain-lain anda pun boleh juga. Bila di masukkan kod tersebut, tiada lagi gambar atau gadjet anda tak center di sidebar anda. Barulah paparan gadjet anda tersusun dan menarik.


Itu sahajalah untuk pembelajaran permulaan bagi kod html center ini. Insya'Allah, wak sambung untuk diletakkan pada gadjet seperti shoutbox, slide show dan lain-lain lagi. Selamat mencuba yea..

Monday, May 31, 2010

Pengunaan HiStats, Nuffnang DLL.
E-Mel  Pembaca
"Assalammualaikum dan Salam Sejatera,
Ramai yang ingin mengetahui penggunaan hitstat, pagerank, nuffnang, advert dan lain-lain. Ada juga, menambahkan kecantikkan diblog anda kalau anda letakkan di sidebar blog. Contoh macam blog wak lah yea...

Pada penggunaan di blog wak, bukan sahaja menambahkan sumber kewangan ( Nuffnang dan Advert sahaja ) .. Tetapi ia membantu anda mendapatkan maklumat pengunjung anda hadir dari mana dan waktu pengunjung belek-belek artikel anda. Dengan maklumat tersebut, kita bolehlah set time yang sesuai nak posting artikel, ubah layout atau updated isi-isi blog..

Macam wak pun, bukanlah follow sangat SOP yang wak tulis tadi.. Cuma nak share penggunaan yang sebenar.. hihihihi... Kebanyakkan blog atau laman web yang anda lawati, memang dikatakan semua memiliki gadjet tersebut.. Bukan sajer2 letak tau... ->>Tetapi, hati-hati menggunakannya di blog anda. Kadang-kala sesetengah free gadjet page stat ni, ada yang implant sekali pop-up iklan.. Kalau iklan yang bukak-bukak tu.. Pakat-pakat kasi delete sahaja yea.. ( Kalau ada diblog wak, kasi tau.. senang wak cari source-nya dan delete .. TQVM CoretanKasih, sebab inform kat wak..)

Klik Untuk View Besar

Ini Salahsatu contoh page stat yang pernah wak pakai dan ia mempunyai pop-up.. Nama brand tersebut widgeo.net dan kalau rajin, pergilah mana-mana blog.. mesti akan terjumpa pop-up spt gambar diatas ini.. Pop-up ini yang wak tak gemar.. Kalau lah blog anda bicara agama, amat malang lah keluar pop-up dedah aurat.

Kalau ada ingin menggunakan page rank yang tiada pop-up bagi wak adalah dari hitstat.com. Kalau anda menggunakan histats ini.. Terdapat graf, statistik yang lebih teratur dan real time updated. Maklumat yang diberikan 100% benar, tiada politikal view-lah..hihihihihi... Dah habis citer pop-up dari penggunaan widgeo.net . Dah dapat maklumat ini pakat-pakat kasi buang yea.

Penggunaan nuffnang, advert, addsen dan sewaktunya pun, kenalah berhati-hati juga.
Kadangkala, terselit 1-2 iklan arak kalau anda tidak membaca form dengan betul-betul. Terdapat satu ruangan form iklan contohnya di nuffnang dan advert. Mereka memaklumkan iklan yang bagaimana boleh di lampirkan di blog anda. So, pilih lah dengan tidak memudaratkan anda dan sahabat yang melawat ke blog anda.

Cara terbaik untuk buat iklan di blog. Buatlah advertising sendiri dan lumayan
berbanding menggunakan khidmat syarikat pengiklanan maya tadi. Dari segi nak kawal batas-batas pun senang kita nak kawal.. Kalau nak gunakan sebagai decoration sebagai brand di sidebar anda.. Pakai lah yea..

Lagi satu kegunaan pengiklanan maya nie, kita dapat maklumat pengunjung anda.. Seperti yang wak nyatakan sebelum ini. Penting bagi wak-lah, for all guys leh try guna bendalah ganjil ini. Contohnya seperti ini:-

Klik Untuk View Besar

Gunalah aplikasi yang mempunyai data statistik pengunjung anda. Sambil-sambil tu, fikirlah aplikasinya yang anda guna itu sebagai memperbaiki trafik dan content blog anda bagi menjadikan blog anda tak telan dek zaman... Itu sahaja coretan wak pada kali ini, Insya'Allah wak sambung lagi yea... Wassalam..

Sunday, May 23, 2010

Takde GPS? Google Map boleh!

Multimedia
"Entri kali ni saya nak kongsi dengan anda sedikit info yang mungkin anda tak tahu tentang google map. Seperti yang anda dapat lihat dalam paparan website google map, terpapar peta 2 dimensi. Hm..biasa je kalau tengok. Macam peta- peta yang lain je!

Tapi, mungkin anda tak tahu google map ada satu fungsi macam GPS! Sangat membantu dan boleh dijadikan panduan sebelum memulakan perjalanan anda dari satu tempat ke satu tempat lain(terutama untuk mereka yang takda GPS) Yeke?Mari kita lihat..

Tapi, mungkin anda tak tahu google map ada satu fungsi macam GPS! Sangat membantu dan boleh dijadikan panduan sebelum memulakan perjalanan anda dari satu tempat ke satu tempat lain(terutama untuk mereka yang takda GPS) Yeke?Mari kita lihat..Masuk ke websites google map-http://maps.google.com/

Anda akan melihat paparan seperti di bawah.

Klik link Get Direction.

Lihat anak panah merah. Ada 2 kotak.A dan B.

Katakan saya nak tahu jarak dan laluan perjalanan saya dari Shah Alam Seksyen 13 ( Point A) ke Presint 1 Putrajaya(Point B) denagn menaiki kereta.

Isikan nama destinasi dalam kotak A dan B.

Kemudian,klik button Get Direction.

Ya,maka keluarlah paparan seperti dibawah.

Anda dapat melihat laluan anda (warna ungu) pada peta. Di sebelah kiri,ia ada memberitahu laluan yang dicadangkan secara detail.

Ha,mudahkan?kalau takde GPS,boleh print. Kalau tak nampak jalan, boleh zoom dekat peta.

Selamat mencuba dan meneroka penggunaan google map. Ada beberapa cara lagi yang lebih menarik.Semoga perjalanan anda lebih terancang. Dan yang penting, selamat bertolak dan selamat tiba ke destinasi.:)

Wednesday, May 12, 2010

Hardisk rosak atau lama banyak rahsia
Multimedia

Tahukah anda bahawa hard disk anda yang sudah rosak samada daripada PC anda atau mesin fotostat di kedai menyimpan data yang terlalu berharga dan merbahaya kerana banyak rahsia?Hardisk yang rosak dan dibuang masih boleh dibuka dan dibaca semula oleh pakar. Saya pernah terbaca satu berita akhbar dari Los Angeles 3-4 tahun lalu melaporkan satu warehouse yang membeli hardisk lama atau harddisk rosak dan kemudian memulihkan harddisk berkenaan dan dapat membaca semula data yang terkandung dalamnya.

Data ini termasuk ribuan foto, video, dokumen (sulit dan umum), no. kad kredit, no akaun bank. password dan 1001 macam lagi maklumat peribadi.

Adakah anda akan buang harddisk rosak anda begitu sahaja?

Bagaimana anda musnahkan hard disk anda? Cuba lihat youtube ini

Cuba lihat ini pula



Monday, May 3, 2010

Berhati-hati memilih Gadjet Side Bar blog anda.


Info Semasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Posting kali ini cuma nak memberi info kepada anda berkenaan gadjet side bar blog anda. Sesetengah blogger tidak menitik beratkan berkenaan masalah pop-up yang berlaku, sekiranya menggunakan gadjet side bar dari laman-laman web yang menyediakan gadjet secara percuma.
Selalunya pop-up ini terjadi setelah anda menggunakan gadjet
dilaman web tersebut. Kadang-kala, pop-up berkenaan melampirkan iklan-iklan penjualan komputer, telefon bimbit dan ada juga pop-up yang melampirkan gambar-gambar yang separa bogel.
Ini penting, kerana ia boleh merosakkan intipati blog tersebut.

Jika anda menulis berkenaan Agama, lagilah malang... Kerana tidak semena, anda telah memperlekehkan inti-pati blog anda. Pernah kah anda kunjung salah-satu blog yang mempunyai pop-up sedemikian?

Jika ada, harapan saya... Anda perlu menegur webmaster ( blogger ) tersebut,
agar mencari punca pop-up tersebut dan buanglah mana yang perlu gadjet side bar yang mengandungi pop-up. Pop-up ini juga, melambatkan loading ke blog anda dan membuat pengunjung anda tension..

Selalu yang terjadi automatik pop-up ini, apabila anda menggunakan
gadjet seperti mengukur atau statistik pengunjung anda. Hendak disebut nama gadjet tersebut, takut kena saman pula.. Ini pun dah kira menjatuhkan reputasi syarikat tersebut. Cuba-cubalah kunjungi mana-mana blog yang mempunyai automatik pop-up dan bandingkan.. Sambil-sambil itu, carilah perbezaannya dan elakkan menggunakan gadjet tersebut di Blog anda..

Sekian, Terima Kasih...

Monday, April 26, 2010

Blogger Template Designer

Info Semasa

"Alamak, bungkus aku... Takpelah, dah rezeki korang semua.
Tengah ronda-ronda enjin carian, terjumpa satu artikel yang menggerunkan para designer template yang sedikit masa nanti bungkus kedai gamaknya.. Tapi tidak mengapalah, rezeki tu ketentuan Allah SWT.. Yang penting korang berusahalah yea..



Ini adalah berita baik untuk mereka yang mahu menceburi bidang blogger.
Setelah sekian lama, aku inginkan blogspot ada function ini.. Ia dipanggil Template Designer, disini boleh saya panggil WYSIWYG ( what you see is what you get ) online software. Function ini memberikan anda kebebasan menambah side-bar dan menukar background template tanpa anda melihat kod html yang memeningkan bagi mereka yang tidak memahami kod HTML.




Rupanya function ini sudah di release-kan pada bulan March, ketinggalan dah berita ini..
Mengapalah aku tak jumpa berita ini awal-awal... Okeylah, korang tengoklah video ini dan jangan lupa nak function ini... Korang klik sini dulu.. ( http://draft.blogger.com/ ).... Baru dapat function seperti gambar rajah dibawah..

Okey, Selamat menggunakannya yea..

Teknik Mempelajari Matematik-Formula 5R-Penting Untuk Anak Warga TKO

Artikel
"
Assalamualaikum. Di sini saya ingin berkongsi bagaimana caranya untuk belajar matematik untuk anak-anak warga TKO. di harap ilmu yang setitis ini dapat memberikan impak kepada pembelajaran anak-anak warga TKO.
Semoga apa yang dikongsi dapat meberi manfaat kepada warga TKO.
Disini saya sediakan 5 cara bagaimana mempelajari matematik untuk warga TKO.


R1 - RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)
Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.
R2 - REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH
PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)
Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama
dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan
banyak masalah Matematik yang bertaraf Peperiksaan.

R3 - RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)
Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan
(teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkahlangkah
penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).


R4 - RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)
Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.
R5 - REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)
Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun
Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau
membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.
Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.
Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan
CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja. Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan takut buku-buku tersebut mengalami kekotoran. Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran
anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.
Sekian sahaja dari saya. Diharap secebis ilmu dapat disebarkan kepada warga TKO.

Wednesday, March 17, 2010

Membuat Icon dan Navigasi Website

Saturday, February 13, 2010


Sedarkah, Bahawa Anda Mampu Rasa Tenang Dan Aman Kerana Memperolehi Lebihan Wang Dari Gaji Bulanan Anda?

Ketahuilah bagaimana dengan teknik penjimatan yang betul dan realistik serta mudah, anda mampu menjimatkan sekurang-kurangnya antara RM100 ke RM 250 dari gaji yang anda terima setiap bulan.

Teknik penjimatan ini bukanlah seperti teknik-teknik penjimatan yang biasa anda baca, dengar dan lihat jadi jangan ambil mudah. Saya mampu menjana ribuan ringgit hanya berpunca dari amalan berjimat dengan cara yang betul. Jika anda serius untuk mengubah status diri dan kewangan anda sila luangkan masa 5 minit anda dan baca surat ini hingga ke akhirnya. Satu pendedahan eksklusif yang mungkin tidak akan anda perolehi dari mana-mana pun.

Sahabat seperjuangan,

Dalam menghadapi zaman kemelesetan dan kenaikan harga barang, pakar-pakar kewangan mengesyorkan supaya rakyat mengambil tindakan dengan mengurangkan pengeluaran (perbelanjaan) wang pendapatan mereka dan cuba mencari sumber-sumber lain bagi menambah pendapatan. Jadi bagaimana untuk mengurangkan pengaliran keluar wang pendapatan anda? Hanya ada satu cara iaitu BERJIMAT.

Maksudnya katakan selalunya anda membelanjakan wang sebanyak RM300.00 sebulan bagi belanja dapur rumah anda, namun setelah tindakan penjimatan dilakukan anda hanya membelanjakan sebanyak RM250.00 sebulan iaitu penjimatan sebanyak RM50.00. Itu hanya belanja dapur belum belanja-belanja lain. Sila lihat di bawah :

Perkara Belanja Bulan Lepas Target Belanja Bulan Ini Jumlah Penjimatan
Belanja Dapur
Minyak Kereta
Ansuran Kereta
Sewa Rumah
Bil Elektrik
Bil Air
Bil Telefon
Belanja Percutian
Bayaran Pinjaman
Bayaran Kad Kredit
Lain-Lain
Jumlah

Mungkin anda pernah cuba menyenaraikan senarai perbelanjaan wang pendapatan anda setiap bulan seperti di atas. Anda cuba bermain dengan angka dan cuba mendapatkan berapakah yang boleh anda jimatkan ataupun berapakah yang patut anda belanja untuk bulan tersebut supaya nilai penjimatan yang anda sasarkan bagi bulan tersebut boleh anda perolehi. Pusing punya pusing akhirnya perancangan anda tidak ke mana-mana. Malah anda bertambah pening dan bercelaru dan akhirnya anda kembali kepada asal tanpa melakukan usaha penjimatan.

Anda telah biasa dengan kempen-kempen yang mengajak rakyat untuk berjimat. Anda menyambutnya dengan baik namun usaha penjimatan seringkali menempuhi kegagalan. Oleh itu mari kita lihat kenapa usaha berjimat selalu menempuhi kegagalan.

Kenapa Usaha Berjimat Selalu Gagal ?

1) Anda tidak betul-betul faham kenapa perlu berjimat

Penjimatan itu penting jika anda fikir-fikirkan. Semangat untuk berjimat anda memang tinggi namun anda juga tidak faham kenapa anda perlu berjimat. Bagi saya, saya akan melakukan penjimatan atas beberapa sebab.

Pertama, bagi menambah jumlah tabungan simpanan. Simpanan ini penting kerana bukan sahaja boleh digunakan untuk hari kemudian malah jika berlaku apa-apa kecemasan dalam kehidupan, simpanan inilah yang akan membantu. AKPK menasihatkan supaya mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak 6 bulan perbelanjaan bagi menghadapi saat kecemasan.

Kedua, kumpul wang untuk memperolehi sesuatu. Contohnya katakan pada bulan Disember setiap tahun anda bercadang untuk membawa keluarga anda pergi bercuti. Jadi dari awal tahun bulan Januari anda mengambil langkah penjimatan sedikit demi sedikit sehinggalah saat anda pergi bercuti.

Ketiga, dari wang penjimatan tersebut anda mampu melakukan pelaburan sedikit demi sedikit. Ianya bukan setakat boleh menambah pelaburan ASB anda malah pelaburan untuk diri anda dengan mempelajari ilmu-ilmu menjana wang melalui buku-buku mahupun bengkel-bengkel.

Ini adalah antara tiga sebab utama namun terdapat juga sebab-sebab lain yang boleh anda fikirkan atas kenapa anda berjimat.

2) Tidak mempunyai matlamat

Setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus ada matlamat jika tidak usaha atas perkara tersebut tidak akan kemana-mana dan jadi sia-sia. Begitu juga dengan usaha penjimatan anda. Anda harus ada matlamat namun matlamat anda harus realistik. Maksudnya katakan pendapatan bulanan anda RM2000.00 dan anda ingin membuat penjimatan sebanyak RM1500.00 sebulan maka ini sudah tentu tidak munasabah. Ya anda tidak boleh jadi kaya dengan berjimat namun berjimat mampu membantu menenangkan hati anda ketika anda memerlukan bantuan.

Jika anda lihat semula kenapa anda berjimat maka anda akan ada matlamat penjimatan anda. Dengan matlamat anda akan ada perancangan anda untuk berjimat. Berapa jumlah yang perlu anda jimat (secara realistik)? Berapa lama untuk mendapatkan nilai penjimatan tersebut? Catatkan apa matlamat penjimatan anda dan buat perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Ingat matlamat anda harus realistik dimana anda harus lihat jumlah pendapatan anda sendiri.

3) Kebanyakkan tip penjimatan yang anda ketahui tidak munasabah

Walaupun anda telah faham atas sebab apa anda perlu berjimat, dan anda telah memasang matlamat anda namun anda masih mempunyai masalah dalam perlaksanaan penjimatan anda. Kebanyakkan ilmu serta tip penjimatan adalah sesuatu yang tidak realisitik untuk anda lakukan. Saya pasti jika saya beritahu anda saya ada beberapa tip bagaimana anda boleh menjimatkan wang sudah tentu anda akan beritahu saya,

"… aku dah beli dah macam-macam buku pasal jimat wang ni… tak de satu pun yang boleh pakai. Ada ke buku tu suruh aku jangan pergi sana, jangan pergi sini, jangan beli itu dan jangan beli ini. Tak kan aku dan keluarga aku terpaksa terperap di rumah sahaja dan tak boleh beli apa-apa. Realistik lah sikit…."

Bila difikir balik betul juga kata-kata tersebut. Contohnya pergi bercuti bersama keluarga, ini adalah aktiviti yang penting untuk dilakukan. Disamping mampu mengeratkan perhubungan kekeluargaan ia juga mampu mengembalikan semangat dan kecergasan badan dan minda untuk bekerja dengan lebih baik lagi. Oleh itu tanpa teknik-teknik yang munasabah untuk dilakukan segala matlamat dan usaha akan jadi sia-sia juga.

4) Tidak tahu teknik yang betul untuk berjimat

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik yang betul di sini. Teknik penjimatan yang betul adalah teknik penjimatan yang mampu mencapai matlamat penjimatan anda. Yang benar-benar menghasilkan wang bagi anda. Tanpa teknik yang betul sekali lagi usaha anda akan jadi sia-sia belaka.

5) Terpaksa ubah cara hidup seharian secara drastik

Manusia memang sukar untuk mengubah kebiasaan dalam hidup mereka. Seringkali yang terjadi apabila suatu perubahan yang ingin dilakukan ianya tidak kekal lama dan akan kembali kepada amalan asal. Inilah juga yang berlaku pada mereka yang cuba melakukan penjimatan mengikut teknik-teknik yang mengarahkan mereka ubah cara hidup secara mendadak. Ya, tidak dinafikan untuk berjaya perubahan diri kepada kebaikan haruslah ada perubahan namun perubahan secara mendadak akan menyebabkan segala usaha penjimatan gagal!

6) Anda tidak mampu disiplinkan diri anda akibat sering gagal

Disiplin diri merupakan perkara terpenting dalam usaha anda melakukan penjimatan. Namun bagaimana anda mampu disiplinkan diri anda jika usaha penjimatan anda tersebut seringkali menemui kegagalan. Untuk itu anda perlukan satu panduan penjimatan sebenar, bukan setakat panduan tetapi panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan penjimatan yang benar-benar berkesan dan yang penting ianya realistik untuk dilakukan.

Siapa saya dan bagaimana saya boleh membantu anda?

Saya merupakan seorang yang amat-amat meminati bidang berkaitan pengurusan kewangan. Walaupun pada masa ini saya sebenarnya mampu membeli dan melakukan apa yang orang biasa lakukan diluar sana, tetapi saya berpegang teguh kepada prinsip kewangan “Beli dan lakukan apabila perlu, bukannya apabila mampu”. Saya yakin dengan mengamalkan hanya beberapa kaedah kewangan bijak ini, akan tiba masanya saya memiliki sesuatu “keperluan” itu dengan percuma tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun wang dari poket saya. Dan segala perancangan ini bermula dari “BERJIMAT”. Anda pasti bersetuju segalanya bermula dengan simpanan, namun tanpa berjimat, adalah mustahil untuk anda menyimpan...!

Di pertengahan tahun 2009, atas kesedaran berkongsi pengalaman dan ingin mendedahkan informasi pengurusan kewangan kepada masyarakat umum saya muncul sebagai usahawan internet dan telah menerbitkan beberapa panduan kewangan yang mengegarkan industri produk informasi tanahair iaitu "Teknik Manipulasi Sistem Kewangan di Malaysia" dan "Panduan KWSP : Satu Pendedahan”. Malah sebelum ini saya juga ada menawarkan bonus dan produk percuma seperti “Menyingkap Rahsia Lelongan Awam” dan “Panduan Untuk Menjadi Kaya Raya”. Memandangkan semua produk itu mempunyai “VALUE” yang amat tinggi saya telah menutup jualannya buat masa ini walaupun puluhan email yang diterima setiap hari kerana berminat mahu memilikinya. Ini kerana buat masa ini saya lebih fokus dalam beberapa “Komuniti Eksklusif” yang berhubung kait dengan Pengurusan Kewangan dan Penjanaan Kekayaan.

Merupakan pelopor dan penerbit produk digital informasi kewangan berbahasa Melayu dan mempunyai beberapa koleksi bahan bacaan seperti koleksi pengurusan kewangan yang sentiasa menjadi ‘makanan’ hariannya...”

Koleksi Produk Digital Terbitan Saya Sebelum Ini:

Semua Produk Diatas SOLD OUT…!
Hanya TipsPenjimatan Yang Masih Dibuka Jualan.
Ebook ini dicipta dengan ciri-ciri tips mudah supaya semua orang boleh
dan ianya amat praktikal untuk anda tips-tips penjimatan yang disarankan.

Sahabat,

Saya juga seperti anda mempunyai pendapatan bagi mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Saya juga mempunyai keinginan serta keperluan bagi kehidupan saya. Satu perkara utama yang saya amalkan adalah BERJIMAT.

Dengan usaha penjimatan yang saya lakukan saya mampu mempunyai penjimatan ratusan ringgit setiap bulan dan hasil dari penjimatan tersebut saya mampu melakukan pelaburan ke atas diri saya sendiri dan telah menghasilkan wang ribuan ringgit buat saya. Hanya bermula dengan BERJIMAT.

Saya telah mencuba dan melakukan pelbagai teknik penjimatan. Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak berjaya kerana tidak munasabah. Saya boleh tunjukkan anda bagaimana saya berjaya melakukan usaha penjimatan saya. Itupun jika anda benar-benar serius untuk melakukan usaha penjimatan pendapatan anda.

Cara Cepat Bagaimana Anda Mampu Menyelesaikan Masalah Penjimatan Anda...

Hasil dari kajian dan cubaan saya telah mempunyai beberapa kaedah dimana saya mampu melakukan penjimatan ratusan ringgit sebulan. Saya mempunyai kaedah penjimatan yang mampu dan realistik untuk anda lakukan. Untuk tidak berteka-teki lagi saya ingin perkenalkan anda 25 kaedah penjimatan yang telah saya bukukan dalam sebuah Ebook yang bertajuk :

TIPS PENJIMATAN
Pembongkaran Tips-Tips Mudah Bagaimana Menjimatkan Wang Pada Setiap Bulan!

Saya tahu bahawa anda telah mengetahui pelbagai teknik penjimatan wang namun anda sering gagal kerana tiada satu pun yang realistik untuk anda praktikkan.


Oleh itu apa yang bakal saya kongsikan pada anda adalah teknik-teknik penjimatan yang sangat mudah serta realistik untuk anda lakukan. Jadi anda tidak perlu menukar cara hidup anda secara drastik, tidak perlu ikat perut dan tidak perlu berkurung di rumah semata-mata untuk melakukan penjimatan namun anda mampu memperolehi lebihan wang yang anda mahukan.

"Saya Telah Membacanya, Sangat Praktikal"

Tips penjimatan ini adalah sebuah panduan yang pantas di baca kerana ia padat dan praktikal. Kebanyakan panduannya mudah diikuti dan mempunyai potensi untuk menjimatkan wang anda.

Sebagai contoh;

Saya sendiri telah mempraktikkan tips ke 12, dalam masa hanya 6 bulan lepas saya telah dapat mengembara ke 4 buah negara dengan wang poket sendiri (bukan orang sponsor atau company hantar ya). Memang betul!

Ada juga tips-tips lain yang saya rasa kerugian kerana tidak tahu lebih awal seperti tips ke 10 & 16. Jika saya tahu tips ke 10 sahaja, paling kurang saya boleh menjimatkan sekurang-kurangnya RM 500 setahun sepanjang tempoh pengajian sayadahulu.

Idea ke #16 pula, totally out of the box.

Adakah anda dapat menjimatkan wang dari petua-petua di dalam buku ini?

Jika anda mengambil tindakan dan tidak sekadar membaca, sudah tentu.

Berapa besar penjimatan yang anda boleh dapati?

Terpulang kepada anda. :)

Selamat Berjimat!



www.SaifulSham.com

"Saya Sarankan Ebook Ini...!"

Jika anda mahukan panduan penjimatan maka anda boleh beli dari mana-mana penulis lain tetapi jika anda mahu berjaya melakukan penjimatan dengan cara yang lebih mudah maka saya sarankan ebook Tips Penjimatan ini.



Penulis Buku BAJET WANG - “7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”
PemikirKaya.com

Apakah Perkara-Perkara Utama Yang Terkandung Dalam Ebook Tips Penjimatan ?

Sebenarnya di dalam ebook ini saya telah senaraikan sebanyak 25 tip penjimatan dan kesemuanya telah terbukti berkesan mampu menjimatkan ratusan wang perbelanjaan saya sebulan. Melalui penjimatan tersebut ia mampu memberi modal untuk saya menjana ribuan ringgit pula. Oleh itu antara perkara-perkara yang bakal anda perolehi dari ebook ini adalah :

  • Dengan membayar bil secara ___________ anda mampu menghasilkan penjimatan sebanyak __________.
  • Sesungguhnya sungguh mudah terperangkap dan menjadi hamba ____________. Jika ini berlaku anda seumpama mencurahkan ribuan ringgit wang anda setahun kepada orang lain. Ketahui perkara ini dan anda akan selamat.
  • Kenapa para artis mampu melakukan penjimatan ribuan ringgit melalui pakaian mereka? Tak ramai yang tahu rahsia ini.
  • Selepas saya pergi ke perpustakaan saya mampu melakukan penjimatan dengan lebih berkesan. Sila baca bagaimana saya boleh melakukannya.
  • Bagaimana dengan melakukan _____________ anda mampu menjana penjimatan di atas jalanraya.
  • Anda tahu skim cepat kaya adalah bahaya dan ramai yang kerugian dengan muslihatnya. Bagaimana anda boleh ketahui sesuatu skim itu skim cepat kaya atau tidak. Masalahnya ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya terperangkap dengan skim cepat kaya. Harap-harap anda bukan salah seorang darinya.
  • Bagaimana dengan ____________ secara efektif dan pintar mampu menjimatkan perbelanjaan anda sebanyak 50%. Satu penjimatan yang sangat efektif.
  • Dengan melakukan _________ secara automatik anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk minyak kereta dan parking serta anda mampu menjimatkan tenaga anda. Kerana teknik ini sangat memudahkan anda.
  • Dengan mencatatkan perbelanjaan anda mampu melakukan penjimatan maksima. Ketahui bagaimana anda boleh melakukannya dengan baik.
  • Ketahui apa yang dikatakan sebagai aset dan apa pula liabiliti dalam perbelanjaan anda dan bagaimana ia mampu membantu usaha penjimatan anda.
  • Ketahui apa yang dikatakan sebagai aset dan apa pula liabiliti dalam perbelanjaan anda dan bagaimana ia mampu membantu usaha penjimatan anda.
  • Dan banyak lagi tip penjimatan yang akan anda perolehi…

"Ringkas, Mudah Dan Berkesan...!"

Rasanya tak perlu lagi saya bercakap banyak.
Anda yang menentukan tahap kewangan anda!
Hanya 3 perkataan sudah cukup menggambarkan
berkaitan ebook terbaru dari Razif ini iaitu
ringkas, mudah dan berkesan.



Pengarah Urus Insan Sdn Bhd
Pakar Pengurusan Kewangan
UrusInsan.net

Kenapa Ebook Ini Harus Dijadikan Sebagai Rujukan Atas Usaha Penjimatan Anda ?

1) Setelah anda selesai membaca ebook ini anda akan faham :

  • Kenapa anda perlu berjimat?
  • Apa matlamat penjimatan anda?
  • Berapa yang boleh anda jimatkan?
  • Bagaimana untuk melaksanakan usaha penjimatan?

Jika keempat-empat unsur ini ada pada anda maka disiplin terhadap diri anda sendiri akan datang dengan sendirinya tanpa anda memaksa diri anda.

2) Kesemua teknik yang bakal anda perolehi merupakan teknik yang sangat realistik dan sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian anda. Anda hanya perlu guna dan masukkan teknik-teknik tersebut kedalam setiap aktiviti harian anda. Tanpa disedari setiap hujung bulan anda dapati ada lebihan wang selepas setiap perbelanjaan yang anda lakukan.

3) Setiap penerangan dalam ebook ini diterangkan secara mudah dan padat serta ianya diperkuat dengan beberapa contoh kajian kes bagi memberi lebih kefahaman kepada anda kelak. Oleh itu tidak kira siapa pun anda, apa latar belakang anda dan anda sangat-sangat
memerlukan satu panduan yang realistik dan efektif maka ebook ini tidak akan mengecewakan anda.

"Realistik Untuk Dipraktikkan...!"

Semememangnya teknik penjimatan
ini benar-benar realistik untuk dipraktikkan.
Tidak sukar untuk mengikutinya. Hanya perlu
‘apply’ kan ke dalam kehidupan seharian.



Pereka Grafik Terbaik Malaysia
SyokSyok.com



Apa Faedah Yang Anda Bakal Perolehi Dengan Mengikuti Setiap Tip Yang Dianjurkan Dalam Ebook Ini ?

Rasa Tenang Dan Aman

1) Anda tidak lagi perlu berada dalam keadaan cemas setiap tibanya hujung bulan akibat kehabisan wang belanja. Adakalanya pertengahan bulan pun boleh buat anda kecut perut sehingga menanti gaji masuk semula bulan hadapan akibat bulan tersebut terlebih berbelanja. Jadi bagi anda yang sering menghadapi situasi sebegini apa perasaan anda bila hujung bulan tiba anda masih mempunyai lebihan dalam wang perbelanjaan anda. Tidakkah anda rasa tenang dan aman dengan keadaan ini?

Mampu Kumpul Modal Bagi Perniagaan Pasif Anda

2) Melalui ebook ini alasan tiada modal boleh diketepikan dengan mempunyai amalan BERJIMAT dengan cara yang betul, realistik dan efektif. Ini kerana ramai yang selalu mengeluh dan memberi alasan kenapa tidak melakukan perniagaan sampingan contohnya perniagaan di internet. Mereka memberi alasan tiada modal. Saya telah membuktikan diri saya bahawa melalui usaha penjimatan saya mampu melakukan pelaburan ke atas diri sendiri serta mampu mengumpul modal bagi perniagaan internet yang memberi pulangan ribuan ringgit pada saya.

Tak Perlu Ubah Hidup Secara Drastik

3) Saya perlu tekankan di sini sekali lagi bahawa anda tidak perlu mengubah cara kehidupan anda secara drastik walaupun pada hakikatnya anda perlu berubah. Namun teknik penjimatan yang bakal anda ketahui sangatlah mudah untuk dilakukan dan sekali lagi saya tekankan bahawa ianya adalah realistik dan efektif. Oleh itu secara sedikit demi sedikit tanpa anda sedari dan tanpa anda paksa diri, anda mampu berubah secara ‘natural’

Jika betul apa yang anda perkatakan tentang keberkesanan teknik penjimatan anda tersebut, berapakah yang saya boleh jimat setiap bulan ?



Agak sukar bagi saya untuk menyatakan nilai sebenar penjimatan yang boleh anda perolehi dari teknik yang bakal saya kongsikan kerana ianya adalah subjektif. Adakah sebanyak RM100.00 sebulan? RM200.00 sebulan? Atau RM1000.00 sebulan? Sebenarnya anda sendirilah yang tentukan. Ia bergantung kepada berapa pendapatan anda, apa corak perbelanjaan anda dan apa yang menjadi matlamat dalam hidup anda.

Namun begitu saya akan tunjukkan satu kiraan mudah nilai yang paling minimum boleh anda perolehi dari teknik penjimatan yang bakal dikongsikan dengan anda.

Kiraan Teknik Penjimatan

Seperti yang telah anda ketahui terdapat 25 tip atau teknik penjimatan di dalam ebook ini. Katakan secara puratanya satu teknik mampu memberi penjimatan sebanyak RM10 sebulan. Ini bermaksud :

1 teknik = RM 10.00 maka 25 teknik = RM250.00

Bermaksud dalam sebulan anda mampu memperolehi RM250.00 penjimatan wang anda. Jika anda teruskan usaha anda dengan istiqamah dalam setahun anda mampu berjimat sebanyak :
RM250.00 x 12 bulan = RM3000.00 setahun

Tidakkah ini sesuatu yang sememangnya berbaloi buat anda dan saya pasti anda mampu untuk memperolehi nilai penjimatan yang lebih lagi jika anda benar-benar faham serta mengamalkan secara total apa yang bakal dikongsikan di dalam ebook ini nanti.


"Nicely Done Ebook...!"

He had done a lot of research to put together
this ebook. By applying the money-saving tips,
you will instantly cut down your expenses significantly.
If you still have outstanding balance in your credit cards,
this will be the first ebook I would recommend you to read.



Penulis Buku "Top Money Tips For Malaysians"
KCLau.com

Saya betul-betul terkesan dan teruja dengan setiap dakwaan anda tentang teknik penjimatan anda itu.
Namun berapa yang perlu saya laburkan bagi memiliki ebook anda ini?

Saya tahu inilah yang selalu dirisaukan apabila kita ingin membeli sesuatu ebook dan bahagian ini yang akan di beri perhatian yang lebih. Saya juga tidak terkecuali. Setiap ilmu mempunyai nilai dan begitu juga dengan ebook saya ini. Setiap tip atau teknik yang saya kongsi telah saya cuba dan sememangnya terbukti berkesan.

Jika saya nak letakkan harga setiap satu teknik saya akan letakkan nilainya sebanyak RM5.00 dan ini bermaksud untuk 25 teknik ianya bernilai:

RM5.00 x 25 = RM125.00

Ya nilai sebanyak RM125.00 untuk 25 teknik.


Tapi ebook ini adalah ebook tentang PENJIMATAN dan yakinlah jika saya mahu anda laburkan sebanyak RM125.00 baik anda lupakan dan terus tinggalkan laman web ini kerana anda tidak akan melakukan penjimatan dengan melaburkan wang anda sebanyak itu.

Saya tulis ebook tentang penjimatan dan saya mahu anda berjaya dalam usaha penjimatan anda oleh itu langkah pertama untuk berjimat adalah dengan terus bertindak memiliki ebook ini kerana anda bukan laburkan sebanyak

RM125.00


Tetapi saya menawarkan pada nilai RM40.00 sahaja. Ya nilai yang mampu menjimatkan wang anda.

RM40.00 (sekali untuk seumur hidup)


Apalah sangat pelaburan RM40 sekali untuk seumur hidup jika anda boleh perolehi lebihan wang dari perbelanjaan anda sebanyak RM250 sebulan untuk selama-lamanya. Sangat

Saya Beri Anda Satu Jaminan Yang Sangat Menguntungkan…

Ya… saya pasti anda sudah biasa melihat dan membaca Jaminan Tanpa Risiko yang ditawarkan oleh ramai penjual-penjual ebook dengan tujuan untuk menyakinkan bakal pembeli. Namun adakah anda yakin pada saya jika saya memberi jaminan tersebut. Ketahuilah bahawa saya sangat yakin dengan teknik penjimatan saya namun jika saya seorang sahaja yang yakin dan anda tidak, maka segala penerangan saya sebelum ini tiada maknanya. Oleh itu untuk menyakinkan anda, saya tidak akan memberikan Jaminan Tanpa Risiko tetapi satu Jaminan Tiada Langsung Risiko Yang Sangat Menguntungkan Anda bagi pelaburan anda ke atas ebook ini.

Dalam masa 3 bulan selepas anda memiliki ebook ini dan dengan ikhlas anda rasa anda mahu wang anda semula disebabkan tiada satu pun teknik yang dikongsikan itu berkesan maka anda hanya perlu hubungi saya dan saya akan pulangkan kesemua wang pelaburan anda ditambah dengan RM1.00. Bermaksud jika anda laburkan RM40.00 maka saya akan pulangkan pada anda RM41.00 dengan tanpa banyak soal.

Ya, wang anda dipulangkan tanpa perlu banyak soal.
Inilah keyakinan & jaminan saya pada anda.

Jadi apa tunggu lagi dengan dengan memiliki ebook hebat yang disertakan dengan Jaminan Tiada Langsung Risiko Yang Sangat Menguntungkan tidakkah anda rasa ianya sesuatu yang berbaloi dan selamat buat anda. Tunggu apa lagi?

Tawaran Yang Tidak Mampu Anda Lepaskan...

YA, mungkin anda mengharapkan supaya akan ada tawaran-tawaran bonus percuma dari saya sama seperti penjual-penjual ebook yang lain. Adakah anda yakin yang tawaran-tawaran bonus percuma tersebut betul-betul percuma atau ianya dikatakan percuma tetapi ianya sebenarnya adalah sebahagian dari harga yang mereka letakkan?

Tawaran saya mudah,

RM40.00 = 25 teknik penjimatan beserta + Jaminan Pulangan Lebih RM1.00 Wang Pelaburan Anda + Tiada Langsung Risiko + Lebihan Wang Dalam Penjimatan

Inilah tawaran saya. Saya tiada tawaran-tawaran bonus lain yang hanya mahu memancing emosi anda semata-mata seperti apa yang telah penjual-penjual ebook lain lakukan. Penjimatan Mudah Dan Realistik adalah apa yang saya tawarkan pada anda.

"Ribuan Ringgit Di Masa Depan Bukan Lagi Mustahil...!"

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Setiap hari berjuta-juta rakyat Malaysia hidup dari satu bulan gaji ke bulan gaji yang lain tanpa dapat menabung atau melabur. Jalan pendek fikir mereka ialah mengejar peluang-peluang buat duit dengan cepat. Tetapi ramai yang tidak sedar jalan penyelesaian sudah berada di depan mata.

Ebook Rahsia Tips Penjimatan karangan Razif membuktikan jika anda berani
berdepan dengan perbelanjaan seharian dan berjimat seberapa banyak setiap kali ada peluang, tidak mustahil untuk menghasilkan tabungan beribu-ribu ringgit di masa depan.

Amaran saya jangan beli ebook ini jika sekadar dijadikan hiasan komputer atau debu hard disk sahaja. Cuma beli jika anda sanggup cetak isinya dan mempraktikkan apa yang diajar selama 25 hari berturut-turut".




Certified Financial Planner ,Registered Financial Planner,Certificate in Islamic Financial Planning
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis dan Penyunting kompilasi artikel MW - Buku Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang
Penulis Buku Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
4) Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful
5) Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah

"Tips Yang Mampu Dilaksanakan Setiap Individu...!"

Tips Penjimatan ini menyenaraikan sebanyak 25 tips-tips yang mampu di laksanakan oleh setiap individu yang mempunyai keinginan untuk memperbaiki kedudukan kewangan semasa di samping penjimatan yang bakal di perolehi untuk penambahkan simpanan ataupun mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook ini kerana ianya mampu memotivasikan diri anda untuk mengawal bentuk perbelanjaan anda terhadap musuh-musuh yang terdapat di dalam diri anda iaitu nafsu.

Ebook ini diolah dengan baik untuk mudah di fahami dan di laksanakan. Tahniah Razif dan tahniah kepada anda yang benar-benar ingin mempositifkan aliran kewangan bulanan anda.



Konsultan Kewangan
AsasTeguh.com

Kini anda telah mengetahui kenapa anda perlu berjimat, apa faedah yang bakal anda perolehi dengan melakukan penjimatan yang betul, realistik dan efektif, namun sesaat anda bertangguh bermaksud anda telah cuba untuk gagalkan niat anda untuk melakukan usaha penjimatan. Masa adalah wang dan wang adalah masa.

Oleh itu tindakan segera anda mampu menjana penjimatan yang lebih buat anda. Jadi saya sarankan anda dengan saranan yang tegas (namun bukan niat untuk memaksa) supaya segera miliki ebook hebat ini. Semuanya telah tersedia dalam ebook ini dan hanya menanti

Miliki ebook ini sekarang. Ya sekarang juga kerana jika anda bertangguh anda akan rugi kerana melakukan teknik-teknik penjimatan yang salah. Cepat bertindak sekarang.

Ikhlas dari saya,


www.TipsPenjimatan.com
(Pemegang Rahsia Penjimatan Sebenar)

P/S - Perlu diingatkan Ebook Tips Penjimatan mengandungi 25 Teknik Penjimatan, Jaminan Pemulangan Wang Lebih RM1.00, Tiada Langsung Risiko dan Lebihan Wang Dalam Penjimatan!

P/P/S - Anda mampu berjimat sekurang-kurangnya RM100 ke RM250.00 sebulan dengan menggunakan teknik-teknik ini.

P/P/P/S - Tanpa tindakan segera anda, bermakna anda tidak serius untuk
berusaha berjimat bermaksud anda dengan rela hatinya mencurahkan ribuan wang anda pada orang lain.