Monday, April 26, 2010

Blogger Template Designer

Info Semasa

"Alamak, bungkus aku... Takpelah, dah rezeki korang semua.
Tengah ronda-ronda enjin carian, terjumpa satu artikel yang menggerunkan para designer template yang sedikit masa nanti bungkus kedai gamaknya.. Tapi tidak mengapalah, rezeki tu ketentuan Allah SWT.. Yang penting korang berusahalah yea..



Ini adalah berita baik untuk mereka yang mahu menceburi bidang blogger.
Setelah sekian lama, aku inginkan blogspot ada function ini.. Ia dipanggil Template Designer, disini boleh saya panggil WYSIWYG ( what you see is what you get ) online software. Function ini memberikan anda kebebasan menambah side-bar dan menukar background template tanpa anda melihat kod html yang memeningkan bagi mereka yang tidak memahami kod HTML.




Rupanya function ini sudah di release-kan pada bulan March, ketinggalan dah berita ini..
Mengapalah aku tak jumpa berita ini awal-awal... Okeylah, korang tengoklah video ini dan jangan lupa nak function ini... Korang klik sini dulu.. ( http://draft.blogger.com/ ).... Baru dapat function seperti gambar rajah dibawah..

Okey, Selamat menggunakannya yea..

Teknik Mempelajari Matematik-Formula 5R-Penting Untuk Anak Warga TKO

Artikel
"
Assalamualaikum. Di sini saya ingin berkongsi bagaimana caranya untuk belajar matematik untuk anak-anak warga TKO. di harap ilmu yang setitis ini dapat memberikan impak kepada pembelajaran anak-anak warga TKO.
Semoga apa yang dikongsi dapat meberi manfaat kepada warga TKO.
Disini saya sediakan 5 cara bagaimana mempelajari matematik untuk warga TKO.


R1 - RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)
Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.
R2 - REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH
PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)
Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama
dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan
banyak masalah Matematik yang bertaraf Peperiksaan.

R3 - RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)
Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan
(teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkahlangkah
penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).


R4 - RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)
Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.
R5 - REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)
Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun
Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau
membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.
Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.
Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan
CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja. Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan takut buku-buku tersebut mengalami kekotoran. Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran
anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.
Sekian sahaja dari saya. Diharap secebis ilmu dapat disebarkan kepada warga TKO.