Monday, May 3, 2010

Berhati-hati memilih Gadjet Side Bar blog anda.


Info Semasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Posting kali ini cuma nak memberi info kepada anda berkenaan gadjet side bar blog anda. Sesetengah blogger tidak menitik beratkan berkenaan masalah pop-up yang berlaku, sekiranya menggunakan gadjet side bar dari laman-laman web yang menyediakan gadjet secara percuma.
Selalunya pop-up ini terjadi setelah anda menggunakan gadjet
dilaman web tersebut. Kadang-kala, pop-up berkenaan melampirkan iklan-iklan penjualan komputer, telefon bimbit dan ada juga pop-up yang melampirkan gambar-gambar yang separa bogel.
Ini penting, kerana ia boleh merosakkan intipati blog tersebut.

Jika anda menulis berkenaan Agama, lagilah malang... Kerana tidak semena, anda telah memperlekehkan inti-pati blog anda. Pernah kah anda kunjung salah-satu blog yang mempunyai pop-up sedemikian?

Jika ada, harapan saya... Anda perlu menegur webmaster ( blogger ) tersebut,
agar mencari punca pop-up tersebut dan buanglah mana yang perlu gadjet side bar yang mengandungi pop-up. Pop-up ini juga, melambatkan loading ke blog anda dan membuat pengunjung anda tension..

Selalu yang terjadi automatik pop-up ini, apabila anda menggunakan
gadjet seperti mengukur atau statistik pengunjung anda. Hendak disebut nama gadjet tersebut, takut kena saman pula.. Ini pun dah kira menjatuhkan reputasi syarikat tersebut. Cuba-cubalah kunjungi mana-mana blog yang mempunyai automatik pop-up dan bandingkan.. Sambil-sambil itu, carilah perbezaannya dan elakkan menggunakan gadjet tersebut di Blog anda..

Sekian, Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment